Tiga Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Bawah Pokok

BANDAR BARU SALAK TINGGI: Tiga lelaki berusia lapan, 18 dan 26 tahun maut dipercayai akibat disambar petir ketika berteduh di bawah sebatang pokok susulan hujan lebat di Bandar Baru Salak Tinggi, hari ini.

Ketua Polis Sepang, Norhizam Bahaman mengesahkan kejadian yang mengorbankan ketiga-tiga mangsa itu kepada Bernama.

Menurut beliau, mangsa dipercayai berteduh di bawah pokok berkenaan selepas selesai membaiki sebuah kenderaan berhampiran sebelum kejadian berlaku.

“Mangsa berteduh selepas membaiki sebuah kenderaan berhampiran,” katanya.

Terdahulu, beberapa video memaparkan tiga individu terbaring tidak bernyawa di lokasi kejadian tular di media sosial, dipercayai selepas disambar petir ketika hujan lebat.

Norhizam berkata, mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk menjalani bedah siasat.

BBerkaitan

Latest articles