Amanah Sasar Putrajaya, Titiwangsa Dan Labuan Pada PRU16

KUALA LUMPUR: Amanah Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk bertanding di tiga kerusi Parlimen iaitu Putrajaya, Titiwangsa dan Labuan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengerusinya, Khalid Abdul Samad berkata, ketiga-tiga kawasan berkenaan wajar dibincangkan bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) memandangkan ia bukan kerusi milik gabungan itu ketika ini.

Beliau berkata, hasrat berkenaan perlu dibawa ke meja rundingan bagi mendapatkan persetujuan parti-parti komponen PH berhubung pembahagian kerusi pada PRU16.

Khalid berkata demikian ketika mengulas persediaan Amanah Wilayah Persekutuan menghadapi pilihan raya umum akan datang pada Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Ketiga-tiga kerusi berkenaan ketika ini disandang wakil daripada parti berbeza, iaitu Putrajaya oleh Bersatu, Titiwangsa oleh Barisan Nasional (BN) dan Labuan oleh wakil Bebas.

Sebelum ini, Khalid turut menyuarakan hasrat Amanah untuk bertanding di ketiga-tiga kawasan berkenaan, namun keputusan mengenainya tertakluk kepada rundingan antara parti dalam gabungan PH.

BBerkaitan

Latest articles