Ismail Masih Usaha Dapat Perkenan Tuanku Muhriz Untuk Sidang DUN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim sedang mendapatkan perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang pada 26 November ini.

Beliau berkata, pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan pula dijadualkan berlangsung pada 27 November, tertakluk kepada perkembangan lanjut.

Mengulas kemungkinan DUN terbubar sendiri Februari depan sekiranya tiada persidangan diadakan, seperti dinyatakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, Ismail berkata beliau belum dapat memastikan perkara itu dan perlu merujuk peruntukan undang-undang berkaitan.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J Arul Kumar memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang masih belum menerima notis rasmi mengenai tarikh persidangan.

Perkembangan itu berlaku ketika Negeri Sembilan masih berdepan kemelut institusi diraja yang tercetus sejak April lalu susulan dakwaan pelucutan takhta Tuanku Muhriz oleh sekumpulan individu, sekali gus mencetuskan pertikaian mengenai kedudukan pemerintah negeri.

BBerkaitan

Latest articles