KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa pulang awal selepas mengadu tidak sihat sebelum majlis tahlil Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Menurut tetamu yang hadir, Dr Mahathir dilihat seperti menahan kesakitan sambil melambaikan tangan kepada tetamu sebelum bergegas pulang ke kediamannya.
Kejadian itu berlaku sebelum majlis bermula dan mengejutkan tetamu yang berada di lokasi berkenaan.
Majlis tahlil diteruskan seperti dirancang dengan kehadiran anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang mewakili beliau.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin, diikuti tahlil dan doa selamat.










