Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Waze, Rakyat Disaran Beralih Ke TuJu

KUALA LUMPUR: Kerajaan melarang semua penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze bagi melindungi maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi daripada risiko penyalahgunaan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd yang tertakluk kepada undang-undang Israel.

“Maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyarankan rakyat Malaysia menghentikan penggunaan Waze dan beralih kepada aplikasi navigasi tempatan, TuJu, yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Kerajaan MADANI menegaskan komitmennya untuk menutup sebarang ruang yang boleh dieksploitasi bagi mengancam keselamatan negara, khususnya membabitkan perlindungan data dan maklumat pergerakan pengguna.

Isu berkenaan turut dibincangkan dalam mesyuarat JKSN semalam, bersama beberapa perkara berkaitan keselamatan siber, termasuk pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024, keselamatan MyDigital ID, ancaman kecerdasan buatan autonomi dan perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).

BBerkaitan

Latest articles