Siti Zailah, Anak Selamat Selepas Kenderaan Terbabas Di Lipis

KUALA LIPIS: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff bersama anaknya berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lipis pada Ahad.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang licin, menyebabkan kenderaan SUV jenis Proton X70 yang dinaiki mereka terbabas.

Menerusi hantaran yang tular di media sosial, Siti Zailah dan anaknya dilapor hanya mengalami kecederaan ringan.

Sejurus kejadian, beliau telah dibawa ke Klinik Kesihatan Padang Tengku sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Gambar-gambar yang dikongsi di media sosial turut memaparkan keadaan bahagian hadapan dan tepi kenderaan mangsa yang mengalami kerosakan serta remuk pada bahagian bampar dan cermin.

Menerusi perkongsian berkenaan, orang ramai dan netizen turut mendoakan agar urusan rawatan Ahli Parlimen berkenaan bersama anaknya dipermudahkan serta diberikan kesembuhan segera.

BBerkaitan

Latest articles