ROS Gantung PN: PAS Ambil Maklum, Serah Pada Proses Perundangan

KUALA LUMPUR: PAS mengesahkan mengambil maklum mengenai notis tunjuk sebab serta perintah penggantungan serta-merta terhadap Perikatan Nasional (PN) yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) baru-baru ini.

Menurut kenyataan rasmi parti itu, notis tunjuk sebab dalam tempoh 30 hari bertarikh 22 September 2026 telah dikeluarkan terhadap PN di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], berikutan aduan daripada Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU).

ROS turut mengeluarkan perintah penggantungan serta-merta terhadap gabungan politik tersebut bertarikh 23 September 2026.

“Perkembangan terbaharu itu menjadi perhatian apabila notis dan perintah berkenaan dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Bagaimanapun, PAS melahirkan keyakinan bahawa tindakan serta arahan yang dikeluarkan itu akan diuruskan dengan baik mengikut peruntukan undang-undang dan proses perundangan yang sewajarnya oleh pihak kepimpinan Perikatan Nasional,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Mengulas lanjut, atas prinsip musyawarah dan akauntabiliti, PAS menegaskan ia akan sentiasa bersama-sama parti komponen dalam PN untuk meneliti dan mengambil segala langkah wajar.

“Langkah ini akan diambil mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, terutamanya Akta Pertubuhan 1966, bagi memenuhi matlamat serta objektif penubuhan dan perjuangan PN,” jelas kenyataan itu.

BBerkaitan

Latest articles