KUALA LUMPUR – “Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi.”
Demikian perkongsian di media sosial mengenai ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di New Delhi, India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.
Dalam hantaran berkenaan, Anwar dirujuk sebagai “Guru” yang membawa nama Malaysia ke pentas dunia menerusi penyertaan negara dalam sidang kemuncak berkenaan.
“Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.
“Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan. Slayyy,” menurut hantaran itu.
Hantaran berkenaan turut disertakan emoji bendera Malaysia dan India serta tanda pagar #MalaysiaMADANI, #DiplomasiMADANI dan #GuruMADANI.
Penyertaan Anwar dalam Sidang Kemuncak BRICS itu menjadi antara platform Malaysia untuk memperkukuh hubungan dengan negara anggota dan rakan BRICS, selain mengetengahkan kepentingan negara dalam perbincangan berkaitan ekonomi, perdagangan serta isu serantau dan global.
Malaysia merupakan antara negara yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, sekali gus membuka ruang lebih luas untuk Kuala Lumpur meningkatkan kerjasama ekonomi dan diplomatik dengan negara-negara dalam blok berkenaan.
Lawatan ke India itu juga memberi ruang kepada Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan New Delhi dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.










