Menteri Kewangan Jangan Sabotaj Kerajaan Sendiri – Ahmad Fadhli

​KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera memberikan penjelasan terbuka berhubung dakwaan kelewatan bayaran kepada kontraktor projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

​Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai bayaran projek tertunggak tersebut amat mengejutkan dan membayangkan isu berkenaan telah sampai ke peringkat serius.

​”Inilah kali pertama rakyat menyaksikan bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri menyebut isu berkaitan urus tadbir khusus di bawah Menteri Kewangan tanpa berselindung lagi.

“Rakyat sedang menyaksikan drama ini dengan penuh bimbang,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

​Beliau membangkitkan dua kemungkinan membimbangkan di sebalik penangguhan bayaran berkenaan.

Jelasnya, kerajaan didakwa berdepan masalah kewangan serius yang menjejaskan aliran tunai (cash flow), atau bayaran tersebut sengaja ditangguhkan sebagai bentuk gangguan terhadap kementerian yang diketuai Presiden UMNO.

​Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli menegaskan supaya kepimpinan tertinggi negara tidak melakukan sabotaj terhadap kerajaan sendiri demi kepentingan rakyat di peringkat akar umbi.

​”Saya menggesa Perdana Menteri jangan sabotaj kerajaan sendiri.

“Sekalipun Kerajaan Madani sudah berada di hujung tanduk, tetapi selagi mandat masih berbaki, pentadbiran negara perlu berjalan dengan sempurna demi kebaikan rakyat tanpa mengira warna bendera politik.

​”Kecuali jikalau Kerajaan Madani sudah tiada minat lagi untuk mentadbir negara, serahkan kembali mandat kepada rakyat,” ujarnya sambil menyindir pendirian pemimpin kerajaan yang sebelum ini pernah melaungkan soal pemulangan mandat.

​Beliau turut mengingatkan agar pihak pentadbiran terus bekerja dengan penuh amanah dan berintegriti selagi mandat mentadbir negara masih berada di tangan mereka.

BBerkaitan

Latest articles