Anwar Tegur ‘Budaya Selesa’, Saran Tingkat Prestasi Negara

CYBERJAYA: Semua pihak tidak boleh terperangkap dalam budaya selesa atau ‘culture of contentment’ dengan berpuas hati terhadap pencapaian sedia ada sehingga membiarkan kelemahan, kerosakan dan kemunduran berterusan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, negara perlu terus dipacu dengan lebih kuat dan pantas bagi memastikan kemajuan yang dicapai sentiasa mendahului perubahan zaman.

“Malaysia mesti berhasil. Malaysia mesti berjaya. Dan kita mampu berjaya.

“Syaratnya adalah, mana negara yang boleh terangkat martabat dan harakat dan darjatnya dengan keadaan mengekalkan situasi yang lama, lembab dan penuh dengan kebobrokan sistem, kemalasan? Tidak mungkin,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran sambutan Ulang Tahun ke-80 di Universiti Multimedia (MMU), hari ini.

Beliau berkata, budaya selesa dengan pencapaian semasa boleh menyebabkan sesebuah negara, agensi atau syarikat menjadi lemah dan hambar sekiranya tiada tekad untuk terus melakukan pembaharuan.

“Kadang-kadang kalau ada agensi atau syarikat rugi RM10 bilion, RM12 bilion, tapi kita masih kata, ‘okay tak ada apa-apa, biasa.’ Biasa apa biasa? Tak boleh.

“Ini budaya yang akan menyebabkan kita bukan selesa rugi.

“Disebabkan itu harus ada tekad,” katanya.

Menurut beliau, perkembangan teknologi yang semakin pantas menuntut Malaysia bergerak seiring dengan perubahan, termasuk dalam bidang digital, kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran kuantum.

Katanya, beliau berbangga apabila Telekom Malaysia (TM) dan MMU antara pihak yang pantas menyambut agenda transformasi digital negara sejak beberapa tahun lalu.

Anwar berkata, TM dan MMU turut menunjukkan kesediaan menyambut perkembangan baharu dalam bidang multimedia dan AI, sekali gus membuktikan kepentingan institusi serta syarikat tempatan untuk terus berada di hadapan dalam tuntutan zaman.

BBerkaitan

Latest articles