Shafie Apdal Dipenjara Lima Minggu Kerana Hina Mahkamah Isu Inkues Zara Qairina

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dijatuhi hukuman penjara lima minggu oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menghina mahkamah berhubung kenyataan yang dibuatnya berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas Presiden Parti Warisan itu dikuatkuasakan serta-merta.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman berhubung keputusan itu sementara menunggu proses rayuan difailkan dan didengar oleh beliau.

Sehubungan itu, hukuman berkenaan digantung sehingga rayuan rasmi diputuskan.

– Berita menyusul

BBerkaitan

Latest articles