PRN Negeri Sembilan: Pejuang Tidak Letak Calon, Kekal Sokong PN

​KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mengesahkan tidak akan meletakkan mana-mana calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026.

​Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat PEJUANG ke-143 yang berlangsung hari ini.

​Bagaimanapun, beliau menegaskan parti itu akan memberikan sokongan penuh serta membantu jentera kempen Perikatan Nasional (PN) di negeri tersebut.

​”Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa PEJUANG kekal komited menyokong semua calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal dinamakan dalam sebelas (11) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dan akan membantu kempen PN di PRN Negeri Sembilan 2026,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

​Menurut Mukhriz, mesyuarat tersebut digerakkan bagi membincangkan dua agenda penting, iaitu fokus isu pasca-PRN Johor 2026 serta hala tuju parti bagi mendepani PRN Negeri Sembilan 2026.

​Langkah untuk tidak meletakkan calon dan memilih fokus menyokong calon gabungan PN dilihat sebagai sebahagian daripada penyusunan semula strategi politik parti berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles