JPV Terengganu Buka Siasatan Terhadap Video Kucing Dianiaya

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu mengesahkan menerima banyak aduan daripada orang awam susulan penularan video memaparkan dakwaan penganiayaan terhadap seekor kucing yang dipercayai berlaku di negeri ini.

Menurut kenyataan, pihak jabatan memandang serius insiden berkenaan kerana melibatkan unsur kekejaman terhadap haiwan serta pelanggaran undang-undang di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Sehubungan itu, JPV memaklumkan siasatan segera telah dijalankan secara menyeluruh bagi mengenal pasti individu terlibat dan memastikan tindakan tegas dapat diambil.

“Kes ini kini dalam siasatan dan kami komited untuk menjalankan proses secara telus sehingga pihak bertanggungjawab berjaya dikesan dan didakwa,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam masa sama, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.

JPV turut mengalu-alukan kerjasama mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Tegas jabatan itu, usaha melindungi kebajikan haiwan adalah tanggungjawab bersama dan keadilan akan ditegakkan sebaik siasatan selesai.

BBerkaitan

Latest articles