Lelaki Ditemui Tergantung Dalam Rumah, Dipercayai Hadapi Masalah Cinta

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di dalam sebuah rumah di apartmen di Jalan Sulaman, petang semalam.

Mangsa dipercayai berdepan masalah hubungan dengan kekasihnya sebelum kejadian itu berlaku.

Mayat lelaki berkenaan ditemui di ruang tamu kediamannya selepas pintu rumah terpaksa dipecahkan oleh pihak berkuasa.

Terdahulu, polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 1 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Alam Mesra bergegas ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

Bagi membuka pintu rumah yang berkunci, pihak polis turut mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Pemeriksaan lanjut yang dijalankan sekitar jam 2.50 petang kemudian menemui seorang lelaki dewasa dalam keadaan tergantung di ruang tamu rumah berkenaan.

Kes berkenaan kini diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

BBerkaitan

Latest articles