Ibu Mentua Ismail Sabri, Jamaliah Ngah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, Ibu mentua kepada bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, Allahyarhamah Jamaliah Ngah meninggal dunia awal pagi Selasa.

Perkembangan itu dimaklumkan Ismail Sabri menerusi satu hantaran di Facebook, yang memaklumkan Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.30 pagi.

Menurut beliau, pemergian Allahyarhamah merupakan kehilangan besar kepada seluruh ahli keluarga.

“Kehilangan yang amat dirasai oleh kami sekeluarga atas pemergian ibu mentua saya yang tercinta, Allahyarhamah Jamaliah Binti Ngah, yang telah kembali ke rahmatullah pada 5.30 pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata Allahyarhamah merupakan seorang yang sangat dekat di hati keluarga dan dikenang kerana keperibadiannya yang lembut serta senyuman yang sentiasa terukir di wajahnya.

“Keperibadiannya yang lembut serta senyuman yang sentiasa terukir di wajahnya akan sentiasa terpahat sebagai kenangan indah buat kami semua,” katanya lagi.

Ismail Sabri turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman serta beramal soleh.

Jenazah Allahyarhamah Jamaliah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kariah Batu 10 Cheras, Selangor.

BBerkaitan

Latest articles