Mayat Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Dalam Tandas Awam

MELAKA: Orang awam dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, pagi Jumaat.

Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dipercayai ditinggalkan bersebelahan sinki dan dibalut menggunakan kain telekung.

Penemuan itu segera dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem turut meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap kejadian tersebut menerusi satu hantaran di Facebook, menyifatkannya sebagai insiden yang amat memilukan apatah lagi berlaku pada hari Jumaat.

Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes berkenaan.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab serta punca sebenar kejadian.

BBerkaitan

Latest articles