Tak Payah Bela, Import Terus – MP Bersatu Cadang Hentikan Penternakan Babi Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Isu penternakan babi di negara ini dicadangkan diselesaikan sepenuhnya melalui kaedah import bagi mengelakkan bantahan penduduk setempat serta masalah pencemaran bau yang sering berulang.

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan berkata setiap cadangan pembinaan ladang babi pasti mencetuskan penentangan komuniti, sekali gus membuktikan isu tersebut sukar ditangani.

Menurutnya, langkah paling praktikal adalah mengimport daging babi atau produk siap seperti babi golek, sama seperti kaedah import ayam.

Berucap ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja lebih terkawal malah mampu mengelakkan konflik sosial dan masalah kebersihan.

Kalam turut membandingkan keadaan di Singapura yang mempunyai ramai pengguna daging babi tetapi tidak menjalankan penternakan berskala besar.

Mengulas isu bau, beliau menjelaskan babi bukan punca utama, sebaliknya kandang yang tidak diurus dengan baik menjadi penyebab. Katanya, pengalaman melihat babi liar membuktikan haiwan itu sendiri tidak menghasilkan bau busuk.

Dalam masa sama, Kalam menegaskan perbezaan agama tidak seharusnya dijadikan alasan menghina mana-mana pihak kerana soal makanan adalah pilihan peribadi.

Beliau mengingatkan bahawa banyak makanan lain juga mempunyai bau kuat namun tetap menjadi kegemaran masyarakat.

BBerkaitan

Latest articles