Operator Kren Rebah Ketika Bertugas, Meninggal Dunia Pada Ketinggian 45 Meter

JOHOR BAHRU: Seorang operator menara kren maut ketika menjalankan tugas di sebuah tapak pembinaan di Residensi Puncak Austin, Jalan Seri Austin 4, pada pagi Jumaat, dalam kejadian yang mengejutkan rakan sekerja di lokasi berkenaan.

Mangsa, Muhamad Aliff Ishak, 33, dilaporkan tidak sedarkan diri di dalam kabin menara kren pada ketinggian kira-kira 45 meter sebelum pihak bomba dihubungi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya yang tiba dengan 13 anggota serta dua jentera bertindak melaksanakan operasi menurunkan mangsa menggunakan pengusung khas ‘bucket stretcher’ bersama sistem tali dan peralatan sokongan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Noor Azhan Ahmad berkata, mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala kes seterusnya diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

BBerkaitan

Latest articles