Guru Besar, Isteri Maut Disyaki Dibunuh Di Kediaman

KUCHING: Suasana pagi di Sri Aman gempar apabila seorang guru besar sekolah rendah dan isterinya ditemui meninggal dunia di dalam rumah mereka hari ini, dalam kejadian yang dipercayai mempunyai unsur jenayah.

Mangsa lelaki dikenal pasti sebagai Andy Roy, guru besar Sekolah Kebangsaan St Paul, Lubok Antu, manakala isterinya ialah Angeline Steven.

Difahamkan, kejadian terbongkar apabila anak kepada pasangan itu masuk ke bilik tidur ibu bapanya pada awal pagi sebelum terkejut melihat kedua-duanya dalam keadaan tidak bernyawa.

Susulan penemuan itu, pihak polis segera bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kematian serta mengesan sebarang unsur jenayah.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Pendidikan Sarawak turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Andy Roy yang disifatkan sebagai seorang pemimpin sekolah yang komited dan berdedikasi.

“Jabatan ini kehilangan seorang pendidik yang banyak menyumbang kepada peningkatan dan pemerkasaan pendidikan negara. Takziah kepada keluarga, semoga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan itu.

BBerkaitan

Latest articles