Yayasan Akalbudi: Dari DNAA, Kes Ahmad Zahid Kini Diklasifikasi NFA

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan sebarang tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akalbudi, sekali gus mengklasifikasikan kes berprofil tinggi itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Menurut AGC, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya meneliti sepenuhnya hasil siasatan tambahan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan keputusan mahkamah sebelum ini yang melepaskan Zahid tanpa dibebaskan.

AGC menjelaskan bahawa penilaian ke atas keseluruhan keterangan yang dikumpulkan mendapati bukti sedia ada tidak mencapai tahap yang mencukupi untuk menyokong pendakwaan terhadap Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri itu.

“Setelah mengambil kira semua fakta dan dapatan siasatan terkini, AGC mendapati tiada asas kukuh untuk meneruskan prosiding. Oleh itu, tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung kes berkenaan,” menurut kenyataan rasmi hari ini.

Terdahulu, Zahid dilepaskan tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan melibatkan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah, bagi membolehkan SPRM melengkapkan siasatan lanjut berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

BBerkaitan

Latest articles