Permuafakatan Kerajaan Perpaduan Lebih Kukuh, Tiada Sabotaj

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur terhadap tahap permuafakatan dalam Kerajaan Perpaduan yang menurutnya semakin kukuh dan dibina atas keikhlasan bersama.

Beliau menegaskan, kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan ketika ini jauh lebih mantap berbanding dinamika politik yang melanda blok pembangkang, khususnya di Perlis.

Menurut Anwar, muafakat yang terjalin dalam Kerajaan Perpaduan tidak dicemari elemen sabotaj atau pengkhianatan sesama rakan gabungan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan politik melibatkan kerajaan negeri yang diterajui pembangkang di Perlis, sambil menekankan bahawa kestabilan dan keikhlasan menjadi tunjang utama kelangsungan Kerajaan Perpaduan pada masa ini.

BBerkaitan

Latest articles