PUTRAJAYA, – Barisan pembelaan Dato’ Sri Najib Razak hari ini menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam keputusan berkaitan Terengganu Investment Authority (TIA), yang kemudiannya bertukar menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam hujahan di Mahkamah Tinggi Putrajaya petang tadi, peguam utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata keterangan tiga saksi pembela , Dato’ Sri Najib sendiri, Tan Sri Noh Omar dan Tengku Rahimah binti Sultan Mahmud secara jelas menafikan dakwaan pendakwaan bahawa anak guamnya mempunyai kepentingan ketika membentangkan memorandum Kabinet berhubung jaminan kerajaan kepada TIA.
Menurut Shafee, keputusan memberikan jaminan kerajaan dibuat oleh Kabinet pada 12 Disember 2008, yang ketika itu dipengerusikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan bukan inisiatif peribadi Najib jelas Peguam Hasnal Rezua Merican dalam videonya hari ini.
Menurut Hasnal Dato’ Sri Najib hanya melaksanakan arahan Kabinet untuk menyediakan memorandum rasmi bagi direkodkan, empat bulan selepas keputusan asal dibuat. Tidak ada sebarang bukti menunjukkan beliau mendapat manfaat atau kepentingan peribadi,”
Jelasnya Tan Sri Noh Omar, yang juga mantan Menteri Kabinet, dalam keterangannya mengesahkan bahawa keputusan Kabinet dibuat sebulat suara pada 2008 dan Najib hanya membentangkan memorandum pada April 2009 selepas diarahkan.
“Jika beliau ada kepentingan, tentu beliau akan mempercepatkan pembentangan itu. Sebaliknya, ia mengambil masa empat bulan,” katanya.
Tambah Hasnal lagi, Saksi ketiga, Tengku Rahimah binti Sultan Mahmud, adinda kepada Sultan Mizan Zainal Abidin, turut menegaskan bahawa penubuhan TIA diilhamkan oleh baginda sendiri dengan nasihat Jho Low, dan bahawa Najib tidak mempunyai sebarang peranan dalam penubuhan atau pengurusan awal TIA.
“Cadangan supaya TIA mendapat ‘government guarantee’ datangnya daripada Jho Low kepada Tuanku Mizan, bukan daripada Dato’ Sri Najib,” katanya.
jelas Hasnal lagi, di dalam hujah Tan Sri Shafee, beliau turut menjelaskan bahawa selepas jaminan kerajaan diberikan kepada pinjaman RM5 bilion yang diperoleh TIA, syarikat itu telah memohon kepada kerajaan supaya dikecualikan daripada keperluan mengemukakan Letter of Comfort, surat rasmi yang menyatakan kesediaan membayar balik pinjaman.
Namun, Dato’ Sri Najib menolak permohonan itu dan mengarahkan supaya surat tersebut tetap dikemukakan, sebagai langkah memastikan TIA bertanggungjawab ke atas hutangnya.
“Jika benar beliau mempunyai kepentingan dalam TIA, sudah tentu beliau akan bersetuju untuk mengecualikan surat itu demi memudahkan urusan pihak TIA sendiri. Tetapi sebaliknya berlaku dimana tindakan beliau tegas dan menuntut supaya Letter of Comfort diserahkan,” kata Shafee.
Tindakan itu, katanya, membuktikan bahawa Najib tidak mempunyai sebarang kepentingan atau pengaruh peribadi dalam urusan TIA, sebaliknya bertindak mengikut prosedur dan prinsip tanggungjawab fiskal kerajaan.
Dalam pada itu, jelas Hasnal lagi, Dato’ Sri Najib dalam keterangannya menyatakan beliau tidak pernah memiliki saham, hubungan peribadi, atau kepentingan perniagaan dengan mana-mana pihak dalam TIA. Beliau turut menegaskan bahawa keputusan untuk mengambil alih TIA dan menukarnya kepada 1MDB dibuat oleh Kabinet dalam mesyuarat yang tidak dihadirinya, dan dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Fakta-fakta ini membuktikan bahawa dakwaan pendakwaan bahawa Najib mempunyai kepentingan adalah tidak berasas,” kata Shafee, sambil menambah bahawa idea asal TIA datang daripada Tuanku Mizan, manakala keputusan jaminan kerajaan dibuat oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.