Individu Buat Laporan Polis Ke Atas Calon PN Selepas Guna Gambar Tanpa Kebenaran Sebagai Bahan Kempen Di Ayer Kuning

TEMOH, – Seorang wanita mendakwa gambar suaminya telah digunakan tanpa kebenaran oleh pihak Perikatan Nasional (PN) dalam poster kempen yang memaparkan calon parti berkenaan, Ustaz Muhaimin, bersama suaminya sebagai bahan kempen sempena Pilihanraya Kecil Ayer Kuning, Perak.

Dalam satu laporan polis yang dibuat di Temoh Station, wanita tersebut menyatakan bahawa beliau menerima mesej WhatsApp daripada anaknya pada 13 April 2025 sekitar jam 10.17 pagi yang memaklumkan gambar suaminya, Suhaimi bin Ismail, telah digunakan dalam bahan kempen politik tanpa pengetahuan atau persetujuannya.

Menurut laporan itu, gambar tersebut disalahguna oleh pihak Perikatan Nasional dan disunting bersama calon mereka dalam poster rasmi parti. Wanita itu menegaskan bahawa suaminya tidak pernah memberikan kebenaran untuk gambar tersebut digunakan, apatah lagi suaminya turut memegang jawatan dalam parti Barisan Nasional sebagai Pemangku Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Temoh Stesen.

“Tujuan saya membuat laporan ini untuk tujuan perlindungan (covering report) ke atas diri suami saya jika hal ini berbangkit kemudian hari,” katanya dalam laporan tersebut.

Berita Lanjut Menyusul

BBerkaitan

Latest articles