Anggota Polis Yang Didakwa Tunjuk Isyarat Lucah Masih Bertugas Sementara Tunggu Arahan AGC

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan membabitkan seoranga anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita pada Disember lalu, telah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan pihaknya sedang menunggu arahan selanjutnya terhadap anggota yang didakwa itu.

Sementara menunggu arahan itu, anggota terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa.

“Kita akan mengambil tindakan sewajarnya (terhadapnya) sebaik sahaja AGC memberi arahan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di IPK Kuala Lumpur, hari ini.

Bulan lalu, polis telah melancarkan siasatan dalaman selepas mangsa mendakwa di Instagram bahawa anggota terbabit membuat isyarat lucah ke arahnya ketika dia mengambil gambar pada protes hak asasi manusia di ibu negara, yang berlangsung bulan lalu.

Dia mendakwa bahawa isyarat itu diulang beberapa kali oleh anggota terbabit untuk memastikan ia dapat dilihat.

BBerkaitan

Latest articles