Isu Padi Dan Beras Perlu Dirujuk Kepada Pihak Berautoriti – KPKM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan, isu berkaitan padi dan beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti supaya rakyat mendapat maklumat yang tepat.

“KPKM sentiasa komited untuk mencari penyelesaian terbaik melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras secara menyeluruh untuk meningkatkan daya saing industri, memperkukuh kebajikan pesawah serta menjamin bekalan beras negara,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya langkah-langkah untuk memastikan keberadaan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran akan dimaklumkan setelah perincian mengenainya dipersetujui kerajaan.

KPKM mengulas kenyataan Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Syed Abu Hussin Hafiz yang akan mengemukakan permohonan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan portfolio urusan padi dan beras di bawah NACCOL.

Selasa lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, berkata permohonan itu akan dibuat pada sidang Dewan Rakyat yang bermula 3 Februari depan bagi mencari penyelsaian kepada isu pada beras dalam negara yang dikatakan berlarutan sejak dua tahun lalu.

Beliau berkata, langkah itu juga diambil selepas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu didakwa gagal menyelesaikan masalah berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles