Sandwich Ham and Cheese Tak Ada Sijil Halal

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini memaklumkan produk ham and cheese sandwich yang dijual di premis KK Mart tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar juga berkata syarikat yang menghasilkan produk terbabit juga bukan pemegang SPHM.

Terdahulu JAKIM telah membuat pemeriksaan di lapangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

“Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah suatu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang sudah diambil oleh KPDN,” katanya memetic Harian Metro.

Dua hari lalu, UM dalam kenyataan, telah bertindak menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal.

UM memaklumkan, arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan yang dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.
“Terdapat penemuan produk pek sandwic yang memaparkan label sandwic ham & cheese serta keraguan terhadap penggunaan logo halal bagi produk tersebut yang didapati di gedung berkenaan.

“Oleh itu, premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.- MalaysiaGazette

BBerkaitan

Latest articles