GUA MUSANG: Pemandu treler yang didakwa merempuh empat kenderaan sehingga mengorbankan seorang penuntut di sebuah Institut Pendidikan guru (IPG) Besut, Terengganu di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, Rabu lepas, disahkan positif dadah.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata, berdasarkan ujian saringan air kencing terhadap pemandu lelaki warga tempatan berusia 28 tahun itu mendapati positif dadah jenis methamphetamine.
Susulan itu, katanya, suspek kini direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
“Suspek sempat melarikan diri selepas kemalangan, namun datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini untuk menyerah diri kira-kira pukul 6 petang.
“Siasatan mendapati, lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan sudah bekerja sebagai pemandu treler selama lapan tahun,” katanya.
Choon Foo berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Rabu lalu, kumpulan pelajar yang terdiri daripada 12 orang dengan menaiki empat buah kenderaan iaitu dua buah Perodua Axia, dan masing-masing sebuah Proton X50 dan Proton Saga terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 16 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat Merapoh.
Mangsa yang maut ialah penumpang belakang kereta Proton X50, Nurul Alya Fatnin Mohd. Mawardzi, 22,