Polis Terima Lima Laporan Penipuan Pakej Percutian Dikendali Pempengaruh Kim Seri

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima lima laporan berhubung dakwaan penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan, yang dikendalikan usahawa yang juga pempengaruh terkenal Malaysia.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, setakat semalam, seramai 10 individu hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, bagi keterangan dan membuat aduan terhadap wanita itu.

“Polis telah menerima lima laporan setakat malam semalam melibatkan kes berikut.

“Bagaimanapun, kes tersebut dijadikan laporan luar kawasan kerana individu yang didakwa masih berada di Korea Selatan, ” katanya dalam satu kenyataan, lapor Utusan Malaysia.

Mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan oleh pempengaruh dikenali sebagai Kim Seri, yang menawarkan pakej selama lima hari, dengan harga kira-kira RM4,000.

Terdahulu, tular di media sosial, video luahan seorang individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan Kim Seri atau nama sebenarnya, Seri Azlina.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata bersimpati serta meminta mangsa membuat laporan polis.

Tinjauan TRI menerusi laman X dan aplikasi Tiktok juga mendapati ramai individu yang turut berkongsi pengalaman buruk bercuti di bawah pakej percutian yang dikendalikan Kim Seri.

Menyedari hal itu, Kim Seri menerusi Insta Story (IG) dekat akaun Instagramnya (IG) semalam mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tular yang mengaitkan dirinya.

Kim Seri menerusi IG Story memohon maaf dan memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan bayaran kepada pelanggan terkesan daripada trip pakej pelancongan tertunda sebelum atau pada 1 Februari tahun depan.

BBerkaitan

Latest articles