Zambry Ingatkan IPT Berjaga-Jaga Dalam Menghadapi Musim Tengkujuh

PUTRAJAYA – Institusi pendidikan tinggi diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi musim tengkujuh, ujar Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Kadir.

Tambahnya, pelajar-pelajar juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang risiko atau masalah sepanjang musim ini.

“Institusi dan pelajar perlu sama-sama memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan mereka terjamin,” katanya dalam sidang media ketika meninjau persiapan Festival of Ideas Putrajaya yang bakal berlangsung bermula esok sehingga 29 November nanti.

Mengulas mengenai Festival of Ideas Putrajaya yang berlangsung dari 27 hingga 29 November ini, beliau berkata festival tersebut bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan tetapi juga menjadi wadah pertemuan pelbagai pihak dalam usaha membina masyarakat yang progresif dan bertamadun.

Festival ini bertujuan untuk menghimpunkan pemimpin pemikiran, pakar, pembuat dasar, ahli akademik, pemain industri, dan masyarakat umum dalam satu platform berprestij bagi membincangkan idea-idea inovatif serta penyelesaian terhadap cabaran semasa yang dihadapi oleh negara dan dunia.

Sebagai tambahan, festival ini menawarkan 10,000 peluang pekerjaan hasil kerjasama dengan syarikat-syarikat industri. Ia turut membuka ruang untuk membina jaringan profesional antara pelbagai pihak dan memacu pembangunan kerjaya generasi muda.

Dengan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat, Festival of Ideas Putrajaya diharapkan menjadi platform transformasi yang signifikan dalam usaha membina masa depan negara yang lebih cerah berdasarkan inovasi dan kearifan lokal, katanya.

BBerkaitan

Latest articles