Tun M Sedang Terima Rawatan di IJN, Alami Jangkitan Saluran Pernafasan

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini, petang semalam akibat mengalami jangkitan saluran pernafasan menyebabkan kes prosidingnya berhubung saman ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapangkan hari ini.

Menurut Pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusoff, bekas Perdana Menteri itu mengalami batuk, sebelum dibawa ke IJN dan beliau diberikan cuti sakit sehingg 25 oktober nanti.

“Dr Mahathir dimasukkan (ke IJN) petang semalam kerana mengalami batuk.

“IJN menyatakan beliau mendapat jangkitan saluran pernafasan bawah (lower respiratory tract infection),” katanya.

Pagi tadi, media melaporkan, perbicaraan kes saman Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan berbaur fitnah yang sepatutnya bersambung hari ini, ditangguhkan berikutan bekas Perdana Menteri berusia 99 tahun itu dikejarkan ke hospital lewat petang semalam.

Perkara itu dimaklumkan peguam, Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr Mahathir selaku plaintif ketika ditemui selepas prosiding kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong di Mahkamah Tinggi, di sini.

Beliau memaklumkan, Dr Mahathir diberi cuti sakit sehingga 25 Oktober dan boleh hadir ke mahkamah untuk menyambung perbicaraan pada 29 dan 30 Oktober.

BBerkaitan

Latest articles