Pelakon Fattah Amin mengaku pelbagai usaha memujuk sudah dilakukan untuk menjernihkan kembali hubungan dengan bekas isterinya, Nur Fazura.
Bagaimanapun, Fattah mendakwa, apa yang dilakukan tidak disambut dengan baik oleh Fazura sehingga ada ketika tidak dibenarkan masuk ke rumah.
“Saya balik ke rumah, tapi dihalang dan tidak dibenarkan masuk. Sudah sampai ke tahap ini. Saya cuba hubungi Fazura hampir setiap hari, tapi tidak dijawab.
“Saya juga ada WhatsApp, tapi tidak dibalas. Boleh tengok WhatsApp Fazura. Minta dia tunjuk kalau berani,” katanya.
Pada masa sama, Fattah berkata, usaha memujuk akan menjadi sekiranya kedua-dua pihak berusaha mencari jalan penyelesaian lapor Berita Harian.
“Kita tengok macam mana. Pujuk tak jadi kalau sebelah pihak sahaja. Usaha macam mana pun, perkara ini tak terjadi. Perlu usaha kedua-dua pihak.
“Saya masih sayangkan Fazura sebagai insan yang pernah ada dalam hidup saya,” katanya.
Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Fattah melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh pada jam 9.45 pagi tadi.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.