Jangan Tunggang Ayat al-Quran Untuk Tuju Pada Orang Tertentu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur kepimpinan PAS yang menggunakan ayat al-Quran untuk menyerang pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.

Terdahulu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan membangkitkan isu peruntukan kawasan kepada pembangkang.

“Hadis itu hanya terpakai kepada orang lain tidak terpakai dengan kamu? Baca ayat Al-Quran salah guna kalau betul saya nak tanya kenapa dulu tidak beri (peruntukan) kepada pembangkang masa itu?

“Soalnya tidak terlepas ayat itu untuk kamu, kamu kata mesti kepada semua wakil rakyat kenapa tiga tahun kamu tidak beri kepada pembangkang? Kamu baca al-Quran mana masa itu? Jangan guna ayat Al-Quran, ditunggang untuk kepalsuan. Kalau konsisten saya hormat,” dalam Dewan Rakyat ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, hari ini.

Anwar, yang juga Presiden PKR menasihatkan Perikatan Nasional untuk tidak lagi mencari usaha merosakkan kerajaan melalui pintu belakang.

“Saya faham Kota Bharu (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) marah betul disebabkan Bukit Gantang (Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal umum sokong PM. Nak marah macam mana, tiap bulan kata nak ambil alih kerajaan tapi tiap bulan ada ahli yang keluar jadi maknanya pertama berhenti igauan untuk rampas, untuk mahu tebuk atap, hentikan dulu,” katanya dalam Dewan Rakyat ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Dalam masa yang sama Anwar menafikan menetapkan syarat kepada Ahli Parlimen pembangkang yang mahu menerima peruntukan supaya menyokong pentadbirannya terlebih dahulu.

Sebaliknya beliau menegaskan sentiasa membuka ruang perbincangan dalam isu berkenaan.

“Saya tidak kata syarat mesti sokong Perdana Menteri, jilat Perdana Menteri seperti kamu jilat perangai walaun sehingga sanggup berdebat perkara ini. Pembangkang kata pembangkang adalah yang bertanggungjawab, adakah bertanggungjawab kalau pergi ke mana-mana kata kami ini bukan Melayu dan bukan Islam? Doa melaknatkan orang kemudian nak suruh runding dengan baik dan berakhlak dan beradab

“Kita tidak halang rundingan kembalikan peruntukan kepada semua wakil rakyat ada juga beberapa peraturan tidak automatik,” jelas beliau.

BBerkaitan

Latest articles