Anwar Nasihat Pembangkang Isu Peruntukan Bincang Secara Baik

KUALA LUMPUR: Para ahli parlimen pembangkang diingatkan untuk berbincang dengan cara yang baik berhubung isu permohonan peruntukan kawasan masing-masing, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bincang dengan baik, jangan sombong,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Reaksi itu menyusul selepas pembangkang mendakwa Kerajaan Perpaduan meletakkan syarat sekiranya ingin peruntukan kawasan.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri mendakwa, Perikatan Nasional (PN) sudah mengadakan rundingan membabitkan peruntukan ahli Parlimen pembangkang sebanyak dua kali.

Malangnya kata beliau jawapan yang diterima pihaknya apabila kerajaan menetapkan beberapa syarat ketat termasuk memberi sokongan sehingga habis penggal.

BBerkaitan

Latest articles