Kakitangan, Ahli Keluarga Kedutaaan Besar Malaysia Di Beirut Akan Dihantar Pulang

KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat Malaysia yang berada di Lubnan diarahkan mengambil langkah berjaga-jaga susulan selatan negara itu yang turut menjadi sasaran rejim Israel.

Kementerian Luar menerusi kenyataan pada Ahad berkata, arahan itu turut merangkumi pasukan pengaman ATM-PBB (MALBATT) yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kini bermastautin di Lubnan.

“Dalam keadaan semasa, warga Malaysia disaran agar dapat menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan,” katanya.

Sehubungan itu, sebagai langkah awal kerajaan turut memutuskan agar ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia kembali ke negara sehingga keadaan selamat.

Ujarnya, keselamatan semua rakyat adalah menjadi keutamaan negara dalam masa sukar seperti ini.

“Selain Malaysia, Kedutaan Besar United Kingdom dan Pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Beirut telah menghantar pulang ahli keluarga mereka,” tambah kenyataan itu lagi.

Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan bagaimanapun akan terus beroperasi seperti biasa.

Bagi rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaan diminta berhubung terus dengan pihak kedutaan Malaysia di Beirut.

BBerkaitan

Latest articles