KUALA LUMPUR: Berbaki kurang lima hari lagi sebelum hari mengundi, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd. Imran Tamrin mahu rakyat Selangor, terutama di kawasannya terus memberi kepercayaan untuk berbakti.
Ujarnya, pelbagai rancangan pembangunan akan dilakukan demi manfaat masyarakat setempat dan kawasan itu secara keseluruhannya.
Bahkan, gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini mampu membawa Selangor ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Ini bersandarkan kepada pengalaman dan kemampuan kedua-dua gabungan politik itu dalam mentadbir negeri
“Kalau kita gabungkan pengalaman ini, ia adalah formula yang baik untuk memacu Selangor dalam tempoh lima tahun akan datang ini sebagai sebuah negeri yang maji dan berdaya saing demi kebaikan rakyatnya.
“Inilah iltizam dan hasrat kita,” ujar Imran.
Mohd. Imran adalah penyandang kerusi ini selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu.
Beliau memperoleh 10,530 undi, sekali gus menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mariam Abdul Rashid (8,446 undi) dan Mohd Razali (6,999) undi.
PRN Selangor Sabtu ini menyaksikan Mohd. Imran bersaing dengan Mohd Razali Saari dari Perikatan Nasional (PN).
DUN Sungai Panjang mempunyai seramai 40,786 jumlah pengundi.