Apa Penyudah Video Intim Didakwa Milik Azmin, Haziq?

KUALA LUMPUR: Tular di aplikasi TikTok sejak semalam adalah satu video oleh Gerakan Awam yang membangkitkan kembali hasil siasatan video intim yang dipercayai milik bekas Menteri Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Seri Azmin Ali bersama seorang lelaki.

Satu laporan polis telah dibuat bagi menggesa satu tindakan tegas diambil kepada mereka yang terbabit di dalam video yang dirakam di sebuah bilik hotel di Sabah.

@gerakanawam

Kes Semburit: Laporan Polis Terhadap Keputusan Video Semburit Sandakan!

♬ Political Campaign – Oleg Kashchenko

Laporan itu juga dibuat untuk mendapatkan status terkini siasatan video yang didakwa menyerupai Azmin.

Untuk rekod, pada Jun 2020 yang lalu, bekas Ahli Parlimen Gombak itu terpalit dengan satu video seks songsang bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Setiausaha Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Malah Haziq membuat pengakuan secara terbuka yang dia merupakan seorang daripada pelaku dalam video itu.

BBerkaitan

Latest articles