Lelaki Ditahan Kes Video Tidak Senonoh Terhadap Kucing Di Pasir Puteh

PASIR PUTEH: Seorang lelaki ditahan polis di Pasir Puteh, Kelantan, bagi membantu siasatan berhubung penularan video di media sosial yang memaparkan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing.

Ketua Polis Pasir Puteh, Saari Yaacob, berkata penahanan itu susulan laporan polis yang diterima semalam berhubung rakaman berkenaan yang tular menerusi platform Threads.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah seksual luar tabii serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

Dalam kenyataannya, Saari turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan tuduhan atau berkongsi maklumat yang belum disahkan kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan siasatan.

Orang ramai juga diminta menghentikan penyebaran semula video terbabit bagi menghormati sensitiviti awam serta mengelakkan penularan kandungan tidak wajar.

Semalam, Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia, Kalaivanan Ravichandran, menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan penderaan seksual terhadap seekor kucing yang mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa mengenal pasti individu yang dipercayai terbabit, mengesahkan kesahihan rakaman serta mengumpulkan semua bukti digital berkaitan kes itu.

Keutamaan juga perlu diberikan kepada usaha mengesan kucing berkenaan bagi memastikan keselamatan dan kebajikannya terjamin.

BBerkaitan

Latest articles