Nurul Izzah Bukan Lagi Penasihat Bapanya

KUALA LUMPUR: Selepas pelantikannya menjadi perhatian dan kritikan ramai pihak, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau bukan lagi penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri.

Ujar Nurul Izzah, peletakan jawatan itu bagi memenuhi undangan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat
kepada Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd Hassan Marican yang mahu beliau menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat.

“Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini. Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada YAB Perdana Menteri.

“Saya amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Naib Presiden PKR itu juga berkata, beliau amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

“Saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan.

“Rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengharapkan masa depan yang cemerlang dan penyatuan yang utuh dipimpin oleh Perdana Menteri bersama Kerajaan Perpaduan.

“Saya berharap khidmat membantu Tan Sri Mohd Hassan beserta anggota jawatankuasa lain mampu memberi manfaat kepada negara tercinta.

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita,” katanya.

Nurul Izzah dalam satu temu bual bersama sebuah media tempatan awal bulan lalu memaklumkan beliau dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa 3 Januari.

Anwar sebelum ini menjelaskan pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan tidak melibatkan sebarang elaun.

Malah Anwar berkata, beliau sendiri yang mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

BBerkaitan

Latest articles