KUALA LUMPUR: Mangsa kes gangguan seksual yang melibatkan Ebit Liew tidak pernah mendedahkan sama ada beliau pernah mengirimkan gambar lucah kepada pendakwah selebriti itu.
Itu jawapan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong kepada mahkamah ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria pada sesi pemeriksaan semula perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini.
“Beliau (pengadu) memang tidak pernah memberitahu kepada saya. Malah, saya juga tidak bertanya kepada beliau dan ini kali pertama saya melihat gambar berkenaan.
“Saya juga tidak boleh pastikan sama ada gambar lucah itu adalah gambar payudara ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) atau orang lain,” katanya.
Firdaus yang juga pendakwah bebas pada perbicaraan turut memaklumkan kepada Mahkamah Majistret bahawa kumpulan Whatsapp NOBODY yang diwujudkannya kini tidak lagi aktif.
Menurutnya, ia berikutan semua aduan mangsa berkaitan sudah dikendalikan polis