Hamzah Jadi Ketua Pembangkang, Muhyiddin Dah Tak Minat Jadi PM?

KUALA LUMPUR: UMNO mempersoalkan pelantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang yang dilihat mungkin mempunyai kaitan dengan pelan peralihan kuasa dalam Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi juga bertanyakan sama ada Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN akan dijadikan poster boy gabungan parti politik.

“Apakah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak berminat jadi Perdana Menteri?” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada minggu lalu mengumumkan pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Bagaimanapun kebiasaannya, Ketua Pembangkang adalah bakal Perdana Menteri.

Beliau berpandangan, tidak mungkin Muhyiddin tidak mahu menjadi Perdana Menteri lagi walaupun Ahli Parlimen Pagoh itu sudah berumur dan didakwa mempunyai masalah kesihatan.

“Mungkin Muhyiddin tidak sanggup jadi panglima perang di Parlimen. Dia pun ada baggage. Mungkin ada strategi lain. Hamzah bukan kecil anak. Dia pemusnah yang hebat.

“Lima tahun terlalu lama untuk Hamzah jadi Ketua Pembangkang. Macam-macam dia boleh main. Jangan Muhyiddin musnah di tangan Hamzah sudahlah,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles