Dari Dunia Seni Ke Pendidikan, Soo Wincci Umum Buat ‘Comeback’ Dunia Seni Tahun Depan

SUBANG JAYA: Tidak muncul di kaca TV sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Dr Soo Wincci mengakui terlalu sibuk dengan tugasan harian sebagai pendidik.

Bagaimanapun, selebriti yang bergelar Profesor Madya itu, memberitahu bakal membuat kemunculan semula dalam bidang seni pada tahun hadapan.

Wincci berkata, tahun hadapan bakal menjadi tempoh paling sibuk bagi dirinya apabila akan kembali terlibat dengan beberapa slot drama serta menghasilkan lagu selain tetap berkhidmat sebagai pendidik

“Saya baru sahaja mengumumkan akan menjadi juri untuk program Astro yang akan datang, selain turut menjadi penerbit sebuah filem.

“Tahun hadapan saya juga akan membawa watak dalam pelbagai drama dan masih akan menghasilkan lagu.

“Jadi, ‘next year will be my comeback year’ untuk kaca TV,” katanya mengumumkan berita gembira itu, selepas berkongsikan perkembangan terkini dan terbaharunya dalam bidang seni, kepada media.

Terdahulu, Wincci menerima Anugerah Best Intelligent Figure pada Majlis Perasmian Tokoh Pintar Terbaik 2022 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Cina Press, yang berlangsung di sebuah hotel, di sini.

Turut hadir pada majlis itu, Presiden MTPN, Datuk Paduka Dr Kevy Yeo; Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan KSM, Abdul Razak Junaidi; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya, Muazzam Mohktar; Pengurus Kanan Perniagaan China Press Bhd, Tan Boon Song; dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) Selangor, Nurul Azhar Husin.

Dalam pada itu, Wincci berkata, kebelakangan ini dirinya jarang muncul di kaca TV kerana terlalu sibuk mengajar di Kementerian Pendidikan, iaitu berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti Teknologi MARA (UITM).

Wincci turut mengakui bukan mudah untuk membahagikan masa antara dunia pendidikan dan seni, namun beliau tetap bercita-cita mahu melebarkan kerjaya seninya ke luar negara.

“Saya tak rasa awak mahu lihat jadual harian saya sebab terlalu padat sehingga saya tiada masa untuk tidur.

“Kalau dulu tiada masa untuk tidur sebab buat PHD sekarang tiada masa untuk untuk tidur sebab perlu berkhidmat bukan saja di kaca TV tapi juga dalam pendidikan.

“Saya juga masih perlu balik ke Sepanyol sebab saya nak buka pasaran di luar negara,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles