Belum Ada Laporan Kajian Ilham Centre Dikeluarkan, Yang Tular Palsu

KUALA LUMPUR: Badan penyelidik, Ilham Centre memberitahu pihaknya hanya akan memaklumkan laporan akhir cerapan lapangan berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 18 November ini, sehari sebelum hari pengundian.

Sehubungan itu, Pengarah Eksekutifnya, Hisommudin Bakar menafikan laporan akhir yang tular kononnya daripada pihaknya.

“Mutakhir ini, keluar beberapa perkongsian dapatan daripada Ilham Center berkaitan bilangan pecahan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi oleh parti-parti yang bertanding dalam PRU15.

“Untuk makluman, pihak kami belum mengeluarkan sebarang laporan akhir berkaitan cerapan lapangan pada waktu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu jadual yang menunjukkan laporan daripada kajian badan penyelidik, bahagian risikan dan agensi berkaitan, berhubung kedudukan kerusi yang boleh dimenangi parti-parti yang bertanding pada PRU15.

Menerusi jadual berkenaan, setakat 6 pagi tadi, Ilham Centre dikatakan mengunjurkan Pakatan Harapan memiliki kerusi terbanyak dengan 87 kerusi diikuti Perikatan Nasional (46) manakala Barisan Nasional (39).

BBerkaitan

Latest articles