Saya Tak Beri Mandat Kepada Takiyuddin Runding Isu Kerjasama Dengan BN – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyanggah kenyataan yang dibuat pemimpin kanan parti komponen itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung isu gabungan PN dengan BN.

Muhyiddin dalam satu kenyataan berkata, beliau tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS itu berunding mengenai perkara itu.

“Tujuan PN bertanding dalam PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH.

“Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU ke-15,”

Terdahulu media melaporkan Takiyuddin membuat kenyataan PN kemungkinan akan membentuk kerajaan dengan BN jika gagal memenangi secara sendirian pada PRU15.

“Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN,” katanya selepas berceramah di Ketereh, Kelantan malam tadi.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau yakin dengan sokongan padu rakyat, PN akan membentuk kerajaan tanpa gabungan parti lawan.

“Saya berdoa dengan izin Allah dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan dan negeri yang terlibat dalam PRU ke-15,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles