Elok Sim Beri Kuliah Khas Kepada Anwar Ibrahim Mengenai Bekalan Ayam Dan Telur

Penyandang Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dilihat lebih mempunyai merit dan dicadangkan untuk memberikan kuliah khas kepada pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai bekalan ayam dan telur di pasaran.

Sim di dalam satu kenyataan di dalam laman rasmi facebooknya baru-baru ini berkata Telur adalah sumber protein yang termurah dan Rakyat Malaysia memerlukan bekalan 30 juta telur setiap hari.

Katanya Selama 30 tahun, Bekalan telur tidak pernah mengalami kekurangan dan beliau yang turut menggariskan sebab berlakunya kekurangan di pasaran disebabkan oleh 3 faktor utama.

Jelas Sim antara permasalahan yang berlaku ketika ini adalah kerana kadar subsidi yang tidak mencukupi, dimana Penternak tidak dapat menanggung kerugian, maka, mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran.

” kegagalan kerajaan membantu penternak, di mana Kerajaan gagal membantu mengatasi masalah kekurangan pekerja yang serius dan mengatasi gaji pekerja yang meningkat.

“ Pemberian Subsidi yang lewat dan penuh karenah birokrasi juga dikatakan antara sebab berlakunya kekurangan penawaran bekalan telur di pasaran ketika ini.

Ini berbeza pandangan dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Julai lalu yang menyalahkan pihak lain dengan menggelar mereka “pencekik darah” dan menuduh golongan itu menyimpan stok untuk menaikkan harga

Industri Ayam dan Penelur yang sangat berkait rapat di antara satu sama lain kini berdepan dengan tidak ketentuan pasaran dan bekalan ekoran langkah-langkah intervansi yang dilakukan kerajaan.

Malah Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia Jeffrey Ng pada Julai lalu berkata, pihak yang menyalahkan pembekal atas kenaikan harga itu patut cuba menjalankan perniagaan itu sendiri.

“Kami hanya orang biasa yang menjalankan perniagaan, bukannya badan kebajikan. Kami masih perlu menyara keluarga dan pekerja. Adakah itu perbuatan pencekik darah?” soalnya.

Dalam pada itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mempersoal mengapa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak berunding dengan penternak ayam lebih awal dan mengambil tindakan bagi menyelesaikan segera isu kekurangan bekalan telur ayam di pasaran.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata pasukan tersebut mengenal pasti kos makanan ayam yang tinggi sebagai penyebab kekurangan bekalan telur ayam.

“Sekiranya penternak beri maklum balas, adakah pasukan khas ini berbincang dengan pengeluar makanan ternakan tempatan cara bagaimana menghasilkan makanan lebih murah guna sisa isirong sawit?

“Ini kerana kos makanan ternakan isu utama yang jadi pertikaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyelesaikan segera isu terbabit.

EDITOR TRi
** Artikel ini adalah daripada pandangan peribadi editor tri berdasarkan bidang kerjaya penulis dan pengalamannya di dalam industri penternakan ruminan di Malaysia

BBerkaitan

Latest articles