Nooryana Najwa beritahu Najib kecewa perpecahan BN di Arau

ARAU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa kecewa dengan kemelut dalaman UMNO di Parlimen Arau.

Kekecewaan itu disuarakan Najib menerusi anaknya, Nooryana Najwa, yang hadir dalam perjumapaan keluarga bersama bapanya di penjara Kajang, baru-baru ini.

“Semasa saya berjumpa Datuk Seri Najib, beliau meluahkan rasa kecewa dengan apa yang terjadi di Parlimen Arau ini. Ini kerana beliau tidak suka mendengar berita perpecahan di dalam parti.

“Ketika beliau (Najib) dalam waktu kesusahan kena hadapi kes-kes mahkamah dan sekarang pun dalam penjara, beliau tidak pernah membelakangkan parti sama sekali.

“Baliau sentiasa mempertahankan parti sebab beliau percaya, apa yang kita nikmat semua ini adalah kerana parti. Kita dapat jawatan, jadi menteri, jadi menteri besar dan dapat bantu kawasan itu semua kerana parti,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh, di Bilik Gerakan BN DUN Pauh, di sini hari ini.

Terdahulu, Parlimen Arau menjadi tumpuan selepas penyandangnya, Datuk Seri Shahidan Kassim memutuskan untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) untuk mempertahankan kerusi itu selepas namanya tidak dicalonkan BN.

Mengulas lanjut, Nooryana memaklumkan bapanya turut meluahkan rasa bangga apabila ramai calon muka baharu terutama dari golongan profesional ditampilkan pada PRU kali ini.

“Datuk Seri Najib bangga apabila ramai calon muka baru terutama dari golongan profesional berjaya ditampilkan parti kali ini dan perkembangan ini adalah bagus untuk mengikat hati pengundi muda.

“Pesanan Datuk Seri Najib adalah kita semua dapat memberi fokus dan kerja keras sepenuhnya pada PRU kali ini kerana hanya BN sahaja yang boleh membela rakyat dan memberi kestabilan kepada negara.

“Kita lihatlah dalam masa empat tahun ini, kita dibazirkan masa dengan kerajaan yang lemah. Inilah masanya kita perlu mendapatkan mandat yang kukuh untuk menjamin masa depan yang cerah kepada semua terutama pengundi muda,” katanya

BBerkaitan

Latest articles