Asyraf Wajdi Mahu Tabur Bakti Di Gerik

GERIK: Datuk Asyraf Wajdi Dasuki memulakan langkah sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gerik dengan solat subuh berjemaah bersama penduduk tempatan di Masjid Jamek, Pekan Gerik pagi tadi.

Beliau kemudian bersarapan di Kedai Cop, Kampung Air Suda, Pekan Gerik Barat bersama-sama penduduk tempatan.

Ketua Pemuda UMNO ini kelihatan cepat mesra apabila dilihat berbual-bual dan bertanya khabar sesama masyarakat tempatan yang sedang bersarapan di sekitar Pekan Gerik.

“InsyaAllah, jika diberi peluang menjadi Ahli Parlimen Gerik, saya akan menaburkan segala khidmat dan kudrat saya buat rakyat di Gerik,” ujarnya.

Katanya, satu kerusi Parlimen yang diberikan kepada BN menjadi matlamat semua calon yang diletakkan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) demi memastikan kerajaan yang stabil dibentuk.

Memetik temubual bersama media, Asyraf Wajdi memberitahu beliau hanya manusia biasa yang cuba menawarkan diri atas amanah dan mandat yang diberikan pucuk pimpinan BN.

“Insya-Allah, tidak kenal maka tidak cinta, saya berdoa kepada Allah yang menjaga hati-hati manusia.

“Saya adalah manusia biasa yang cuba menawarkan diri atas amanah yang diberikan pucuk pimpinan,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles