Nizar Hampir Pasti Di Pekan Ganti Najib

KUALA LUMPUR: Kelibat Mohd Nizar Mohd Najib semakin kerap kelihatan di Parlimen Pekan, sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa anak sulung bekas perdana menteri itu akan meneruskan legasi bapanya di sana.

Malah Facebook rasmi Najib turut memuat naik video khas Nizar yang memaklumkan hasratnya ingin “terus berkhidmat” kepada masyarakat Pekan.

Memetik Malaysiakini, sumber UMNO itu turut memaklumkan Nizar hampir pasti akan menggantikan Najib bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan.

Ini disebabkan aura Najib masih kuat meskipun beliau sedang menjalani hukuman di penjara Kajang.

“Saya boleh mengatakan hampir pasti Nizar akan menggantikan Najib di Pekan. Dia juga telah lama bergiat aktif dengan bapanya di Pekan sebagai ketua pemuda.

“Itu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Nizar untuk bertanding di Pekan. Apatah lagi aura ‘bosku’ masih kuat di Pekan.

“Namanya juga pernah dicalonkan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini sebelum ini,” katanya.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) sebanyak RM42 juta.

BBerkaitan

Latest articles