Shafie Belum Pasti Lagi Pertahan Kerusi Semporna

 

 

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih berteka-teki mengenai kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

 

Ujar Shafie, banyak pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan sama ada mempertahankan kerusi Parlimen Semporna yang disandangnya sejak PRU9 tahun 1995 ketika bersama UMNO dan PRU14 tahun 2018 bersama Warisan.

 

“Saya belum pasti lagi (pertahan Semporna), saya belum buat keputusan. Kita lihat apabila tiba masanya, saya perlu meneliti perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Jentera PRU15 Warisan Parlimen Putatan di sini malam tadi.

 

Pada PRU14, Mohd Shafie mempertahankan Parlimen Semporna apabila memperoleh majoriti 20,674 undi.

 

 

BBerkaitan

Latest articles