UMNO bersama BN akan terus bergerak solo kata Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendirian teguh UMNO dan BN akan terus bergerak solo tanpa Pas, selepas parti itu memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN).

“Keputusan PAS Pusat untuk terus bersama dengan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU-15 sudah dijangkakan.

“Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Sehubungan itu katanya, UMNO dan BN akan kekalkan imej yang berpaksikan keserdahanaan dan mampu tawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

“Dengan keputusan ini, UMNO bersama Barisan Nasional akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam Negara ini.

Sebelum itu PAS melalu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini memuktamadkan untuk ia benerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15).

PAS Akhirnya Pilih Bersatu, PN

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pendirian itu diambil atas dasar ummah.

Terdahulu mesyuarat itu berlangsung selama empat jam bermula 10 pagi tadi, dengan turut memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN.

BBerkaitan

Latest articles