Anwar Tak Minat Kerjasama Dengan Tun M Lagi

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pelawaan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bekerjasama buat kali kedua dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anwar menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang yang tidak tetap pendirian.

“Tak apalah. Kami akan terus memantau (apa yang Mahathir katakan). Minggu depan, dia akan ada (pendirian) berbeza,” katanya seperti yang dilaporkan FMT.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi.

Dr Mahathir pada 11 Oktober lalu berkata, sebarang soalan mengenai kerjasama antara beliau dan Anwar dalam PRU15 perlu ditanya sendiri kepada Presiden PKR tersebut.

Beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15 ini berkata, Anwar enggan bekerjasama dengannya walaupun beliau seorang yang sangat baik.

“Soalan perlu diberikan kepadanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan saya.

“Masalahnya beliau yang tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya adalah seorang yang sangat baik,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Terdahulu dalam sidang media itu Dr Mahathir berkata, GTA bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang ‘sebulu’ dengannya.

BBerkaitan

Latest articles